Pekerjaan penduduk Kampung Baru Sejarah_Kampung_Baru_Daerah_Hulu_Langat

Daripada bancian 1952 di darah Hulu Langat, 730 penduduk Kampung Baru Sungai Chua adalah penoreh getah. 254 penduduk Kampung Baru Semenyih adalah penoreh getah. 204 penduduk Kampung Baru Balakong adalah penoreh getah. 730 penduduk Kampung Baru Sungai Chua adalah penoreh getah. Sedangkan ketika itu kejatuhan harga getah berlaku. Ini menyebabkan mereka menganggur.

Sedikit sahaja menjadi penternak babi, pekedai dan pelombong bijih timah.

1953, Cuma 5 orang Kampung Baru Balakong bekerja sebagai pelombong. 5% membuka kedai dan 15% sebagai buruh kasar.

Kebanyakan penduduk tidak mempunyai lesen tanah yang kekal. Mereka hanya menduduki tanah yang dikenakan tol setiap tahun.

Kaedah pemusatan tanah tidak sesuai untuk ternakan babi, lembu dan ayam. Masalah bau, kumbahan yang teruk mendatangkan bantahan daripada penduduk Melayu dan Cina sendiri. Ladang ternakan babi di Broga, Semenyih, Dengkil dan Batu 9 dan Batu 11 berhadapan dengan tanah yang kecil, sempit dan tidak sesuai.